Salwa Razak: Saya ditaja adalah tuduhan liar


Salwa Razak: Saya ditaja adalah tuduhan tak berasas

Penyanyi Salwa Razak tidak ambil pusing mengenai gosip yang mendakwa kononnya dia ditaja berikutan gaya hidupnya yang dilihat mewah walaupun karier nyanyiannya tidak menyerlah berbanding penyanyi lain.

"Mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk kehidupan saya ditaja dan sebagainya adalah tidak berasas, tetapi pada masa sama saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka daripada terus memfitnah saya.

"Adalah lebih baik saya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan tentang saya kerana lebih baik saya fokus terhadap kerjaya saya," katanya kepada mStar.

Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, kehidupan mewahnya itu adalah hasil titik peluhnya dalam perniagaan nurseri pokok selepas dua tahun senyap dari industri muzik.

"Tidak adil hanya kerana nampak hidup mewah terus dikatakan kehidupan saya ditaja tetapi orang tidak tahu kesusahan saya sebelum ini.

"Sepanjang dua tahun itu saya berusaha keras memajukan perniagaan tersebut dan Alhamdulillah ia mendatangkan hasil buat saya dan keluarga."

Tambah Salwa lagi, dia turut mempunyai perniagaan pakaian dibawah jenamanya serta mempunyai produk kecantikannya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Salwa kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya "Begitulah Diriku" dan "Hidup Baru".

[Sumber foto: utusan.com.my]
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !