Pernah kehilangan ahli keluarga dan teman rapat selepas diserang penyakit buah pinggang beberapa belas tahun lalu, penyanyi Anuar Zain memasang impian untuk membuka sebuah pusat dialisis bagi membantu pesakit mendapatkan rawatan.
Memetik laporan Kosmo!, pelantun lagu "Sedetik Lebih" ini memberitahu, orang tersayang dalam hidupnya tidak mendapat rawatan lanjut akibat kekurangan pusat rawatan serta melibatkan kos pembiayaan yang tinggi.
"Pada waktu dulu, tidak banyak pusat dialisis yang dibuka di negara kita. Akibat terlalu lama menunggu, ramai pesakit meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan.
"Secara kebetulan, beberapa orang ahli keluarga dan teman rapat saya juga mengalami nasib yang sama.
"Justeru, jika ada rezeki, saya ingin membuka sebuah pusat dialisis bagi memudahkan pesakit-pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan di sana," ujar Anuar.
Baru-baru ini, penyanyi berusia 44 tahun ini telah menjayakan Showcase Makan Malam Bersama Anuar Zain anjuran Pusat Jantung Kongenital (PCHC), Institut Jantung Negara (IJN) di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Dalam majlis yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, showcase yang bertemakan Sempurnakan Aku itu telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM863,300 untuk tabung PCHC Support Group menerusi hasil penjualan tiket dan meja.
"Alhamdulillah, kejayaan pada malam ini dapat diraih berkat usaha bersama semua pihak.
"Wang ringgit bukan soal utama jika mahu menghulurkan bantuan. Apa yang penting adalah sumbangan yang ingin dihulurkan," tambahnya.
Anuar telah menghiburkan 700 tetamu yang hadir dengan lagu-lagu popularnya seperti "Ajari Aku", "Ketulusan Hati", "Sedetik Lebih" dan banyak lagi.
Bercerita tentang perkembangan lain, Anuar memberitahu dia bakal muncul dengan album terbaru yang dijangka berada di pasaran pada pertengahan tahun depan.
Selain daripada itu, Anuar juga bakal mengadakan Konsert Solo Anuar Zain Three Decades Of Music Live In Singapore di The Star Performing Arts Center, Singapura pada 7 Februari depan.
[Sumber Foto: Kotak Muzik]