Penyanyi dan pelakon Ieda Moin enggan memberi sebarang komen mengenai masalah rumah tangganya bersama Mohd Naquib Idris, tetapi memohon agar didoakan yang terbaik buatnya.
Dipetik daripada laporan Media Hiburan, Ieda berkata demikian selepas dia dan Naquib dilihat berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta pada 2 Disember lalu bagi memfailkan perceraian.
"Belum cerai, tapi saya tak nak komen apa-apa buat masa ini. Saya bukan tak nak kongsi, tapi saya takut, Saya sendiri pun belum membaca apa yang disiarkan. Doakan yang terbaik buat saya. Kalau sudah bersedia, saya akan kongsi. Jangan risau, saya okay," ujar Ieda.
Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan Naquib berubah perangai dan mempunyai orang ketiga sehingga mereka tidak lagi tinggal sebumbung.
Walaubagaimanapun Ieda dalam satu temubual bersama BiPop menafikan berita tersebut tetapi akui rumah tangga mereka kian hambar dan berhadapan dengan masalah komunikasi.
Ieda dan Naquib sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata, Nur Dhia Dania yang kini berusia enam tahun.
[Sumber Foto: Instagram Ieda Moin]