COVID-19: Labuan catat peningkatan 6 kali ganda

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA
834 kes baharu, Labuan catat peningkatan 6 kali ganda

Sejumlah 834 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara hari ini, dengan Labuan mencatatkan peningkatan tinggi iaitu hampir enam kali ganda berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sejumlah 105 kes baharu dicatatkan di Labuan hari ini berbanding hanya 18 kes semalam.


 

"Lonjakan kes positif di Labuan berikutan lebih banyak saringan bersasar dilakukan di lapangan.

"Saringan komuniti dijalankan di Jalan Tenaga berjaya mengesan 57 lagi kes positif COVID-19 hari ini," katanya ketika sidang media hari ini.

Mengulas statistik harian, beliau berkata pertambahan kes harian itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 33,339 kes.

"Sabah mencatatkan 503 kes atau 60.3 peratus, manakala negeri di Lembah Klang merekodkan 157 kes bersamaan 18.8 peratus daripada keseluruhan kes.

"Secara keseluruhannya, Sabah, negeri di Lembah Klang dan Labuan mencatatkan 765 kes (91.7 peratus).


"Semua negeri ini masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !