Alif Satar sekali lafaz sah bergelar suami kepada Sha Dila

Alif Satar selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Sha Dila Halid pagi tadi dengan sekali lafaz. Tahniah! (via Instagram / Sony Music Malaysia)

Alif Satar sah bergelar suami kepada Sha Dila

Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pengacara, Alif Satar sah bergelar suami kepada Sha Dila Halid jam 11. 40 pagi tadi. Majlis diadakan secara tertutup di Bilik Perdana Felda, Jalan Semarak.

Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pengacara, Alif Satar sah bergelar suami kepada Sha Dila Halid jam 11. 40 pagi tadi. Majlis diadakan secara tertutup di Bilik Perdana Felda, Jalan Semarak.

Pasangan ini dinikahkan berwali bapa pengantin perempuan, Halid Mohamad dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood.

Penyanyi naungan Sony BMG Music itu menyerahkan wang hantaran berjumlah RM19,000, mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran. Sementara, isterinya membalas tujuh dulang hantaran.

Tahniah Alif dan Sha Dila. Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Putrajaya pada 20 September ini.

Alif juga baru muncul dengan single berjudul Setiap Hari ciptaan Panji Sakti buat isterinya.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !