Shuib kongsi wajah Ayash Affan

Picture
Shuib menulis keterangan ringkas dan mewakili anaknya untuk mengucapkan terima kasih atas doa-doa orang ramai.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

‘Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan’


Kuala Lumpur: WAJAH Ayash didedahkan kepada umum buat pertama kali hari ini.

Pelawak, Shuib Sepahtu buat pertama kalinya berkongsi wajah anak bongsunya, Ayash Affan dalam satu video berdurasi dua minit lapan saat di Instagram.

Dalam hantaran itu, Shuib menulis keterangan ringkas dan mewakili anaknya untuk mengucapkan terima kasih atas doa-doa orang ramai.

Picture
WAJAH anak Shuib Ayash Affan.

"Assalamualaikum. Nama saya Ayash Affan bin Shahmira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya," tulisnya.


Dalam video itu, kelihatan Ayash yang sedang nyenyak tidur di katil bayi dengan berpakaian serba putih.

Dilatari lagu Anakku dendangan Vina Panduwinata, video itu dilihat menyentuh emosi setiap yang menontonnya.

Selepas dua jam pertama ia dimuat naik, video itu diulang tonton hampir 200,000 tontonan di Instagram.


Ribuan komen netizen dan rakan-rakan artis membanjiri ruangan komen dan semuanya mendoakan agar Ayash akan membesar menjadi anak soleh.

Ayash dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara pembedahan, tiga hari sebelum ibunya yang juga penyanyi, Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 201. Selain Ayash, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !