Amar Baharin & Izreen Azminda Terus Hubungan Cinta
Anda suka atau tidak jika pelakon kacak, Amar Baharin dan hot mama, Izreen Azminda yang mula meletop menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) ini meneruskan kisah percintaan mereka?
Mana taknya, walaupun drama KTAR dah lama menutup tirai, pasangan ini terus dihambat kisah percintaan. Menerusi foto-foto yang dimuat naik ramai yang menyangka bahawa pasangan ini sedang dilamun cinta.
Mungkin dek kerana penangan romantis yang mereka bawakan dalam KTAR, Izreen menerusi foto yang dimuat naik sebentar tadi memberitahu bahawa akan ada KTAR telemovie pula!
Ha.. mesti anda semua teruja kan nak tengok detik percintaan antara Tajul Razin dan Indah Harlina! Jangan tipu tau sebab setahu kami drama ni memang merupakan anatara rating tertinggi di TV3.
Nampaknya lepas ni makin banyaklah foto-foto romantis yang akan dimuat naik oleh mereka berdua. Mesti mereka akan kata bahawa ia sekadar promosi telemovie kan.
Tapi, kalau betul-betul bercinta pun tiada salahnya kan? Bagai pinang dibelah-belah gitu. Mana taknya, foto Izreen dan Amar yang menggayakan busana baju pengantin baru-baru ni untuk menjayakan projek ‘Jom Kahwin’ membuatkan peminat mahu lihat pasangan ini bersanding secara ‘real’!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date