Abby Abadi menuntut sejumlah wang yang diberi kepada bekas suaminya iaitu Farhan.
Ini kerana tuntutan secara baik tidak dilayan Farhan yang memaksa Abby Abadi membuat report polis dan juga tindakan dari undang-undang.
Dikatakan Abby Abadi memberi pinjaman mencecah puluhan ribu kepada Farhan untuk membeli kereta namun sehingga sekarang belum diselesaikan.
Ini kata Abby Abadi:
“Kalau ikutkan dari awal lagi saya tak nak kaitkan dia lagi dan besar-besarkan kes ini tapi usaha saya untuk menuntut semula hak saya secara baik tidak dilayan.
“Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan.
“Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya,”
“Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini,”
Diharap Abby Abadi dan Farhan dapat menyelesaikan masalah ini. Dengarnya Abby Abadi pun dah move on dan mempunyai kekasih hati yang baru.