HANEZ SURAYA DAKWA ADA PIHAK MALUKANNYA DI INSTAGRAM


ADA PIHAK MALUKAN HANEZ SURAYA DI INSTAGRAM

Pelakon Hanez Suraya menyedari ada pihak telah memburukkan dirinya di laman sosial dengan tujuan tertentu.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, pihak tersebut telah memuatnaik beberapa foto lamanya di laman Instagram milik individu berkenaan semata-mata untuk menghina pelakon itu.

"Ini bukan kali pertama individu itu berbuat demikian. Sudah banyak kali dia menjatuhkan maruah saya dengan memuat naik foto-foto lama dan kemudian mengutuk saya pula.

"Entah apa tujuannya saya tidak pasti tetapi apa yang dilakukan pihak itu adalah seperti mahu menganiaya diri saya. Jika tidak puas hati dengan saya, bersemuka saja secara profesional," katanya kepada mStar Online.



Tambah Hanez, lebih mengejutkan individu yang disyaki itu merupakan rakan yang dikenalinya.

Hanez berkata dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah atau bermusuh dengan individu terbabit.

Bagaimanapun, pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu tidak mahu mendedahkan identiti individu tersebut kepada umum kerana mahu cuba menyelesaikan masalah itu secara profesional.

"Tak mahulah cakap buruk orang. Itu sahaja yang boleh saya dedah kepada semua. Sikapnya seperti keanak-anakan.

"Saya reda dengan semua dugaan ini dan percaya benda-benda baik pasti akan ada buat orang yang bersabar. Cuma lambat atau cepat sahaja.




"Apapun, saya harap dia sedar dengan perbuatannya yang tidak matang itu," ujarnya. - mStar
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !