Dengarnya, Izreen Azminda mengakui yang dia kini rapat dengan Amar Baharin. Kalau korang masih ingat lagi, mereka berdua ni adalah pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3 yang lalu.
Izreen juga tidak mempedulikan tohmahan dan cercaan orang mengenai hubungannya dengan Amar. Dengan tempoh edah Izreen yang akan tamat pada 9 September nanti, maka makin bersinar-sinar wajah Amar untuk memiliki Izreen.
Mari kita baca komen Izreen mengenai situasinya terkini mengenai hubugannya dengan Amar yang dipetik melalui portal Bharian.
"Bercinta atau tidak, mungkin apabila ramai yang melihat senario sebegini termasuk keterbukaan kami memuat naik gambar di Instagram pantas dinilai itu serta ini. Kalau pelakon lelaki serta perempuan rapat, orang akan anggap bercinta.
"Kalau ada yang anggap saya dan Amar cover line mengenai hubungan kami itu terpulanglah. Kami tak mampu mengawal semua itu. Tapi sejujurnya saya selesa berkeadaan sebegini. Kami rapat dan saya terbuka berkongsi apa saja di laman sosial termasuk dengan siapa saya berkawan.
"Dalam hal ini, saya bukan buat benda yang salah. Perlukah saya takut dengan menyembunyikan apa saja termasuk dengan siapa saya berkawan. Tak salahkan saya berkawan. Tak dinafikan beliau antara kawan yang saya rapat. Rapat tak semestinya bercinta. Saya tak tolak jodoh dengan sesiapapun termasuklah dengan dia sekalipun,"
"Kami selalu keluar beramai-ramai. Kawannya pun sudah jadi kawan saya. Kami boleh pergi makan durian, berkaraoke atau apa saja aktiviti meredakan tekanan. Dengan kawannya, saya boleh jadi diri sendiri dan tambahan pula mereka memang sporting
"Malah sebelum berkawan rapat dengan saya, Amar sendiri selalu juga ke sebelah Utara contohnya seperti Ika Nabilla dan Anita Baharom. Macam raya baru-baru ini, dia dan keluarganya datang beraya ke Ipoh. Dari Ipoh ke Jitra, dia seorang diri ambil peluang beraya di rumah saya pula,"
"Saya tahu, ada yang pantas membuat kesimpulan mengenai apa yang saya lalui tanpa mengetahui keadaan sebenar. Sebaliknya hanya ambil dari input seperti gosip atau khabar angin. Terima kasih kepada yang terus menyokong. Boleh saya katakan 80 peratus menyokong dan mendoakan yang baik untuk saya dan Amar," katanya.