Lagu 'You On My Mind' Taruhan Terbaru Sarimah Ibrahim

'You On My Mind' Taruhan Terbaru Sarimah Ibrahim

Selepas 12 tahun menyepi, penyampai radio dan pengacara popular, Sarimah Ibrahim kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan melancarkan single terbaru berjudul 'You On My Mind'.

Single terbaru ini dilihat sebagai isyarat kembalinya Sarimah di dalam bidang seni suara tanah air dan juga antarabangsa selepas pernah memenangi Anugerah AIM 2002 menerusi Artis Baru Terbaik.

Sarimah turut bertindak sebagai penerbit dan pencetus konsep untuk  muzik video ini yang menjalani penggambaran di
Malaysia dan London dengan menggunakan teknologi 'green screen' dan CGI terkini. Pengarah terkenal, Rahila Ali telah diberi tanggungjawab untuk mengarahkan muzik video ini.

Dalam pada itu, single ini turut menampilkan penyanyi Pop UK, Simon J Bailey yang merupakan seorang artis yang pernah membuat persembahan bersama artis antarabangsa termasuk Elton John, Mariah Carey dan Whitney Houston.



'You On My Mind' boleh didapati sekarang dengan memuat turun melalui platform digital iTunes, Amazon dan semua platform digital lain.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !