Ramai sudah tahu akan kisah Kipas Susah Mati Shila Amzah yang menyelar wartawan hiburan tempatan yang tidak memberikan liputan sewajarnya ke atas konsert solo pertama Shila di Malaysia.
Pihak media bagaimanapun menunding jari pada pihak penganjur yang dikatakan tidak menjemput ramai media untuk membuat liputan. Peminat Shila pula menyalahkan wartawan yang terlalu manja sehingga perlu dijemput untuk membuat liputan.
Laporan hiburan Kosmo! hari ini mendedahkan punca sebenarnya yang berlaku, tiada kaitan dengan media berbahasa Melayu. Sebaliknya konsert solo Shila Amzah itu mendapat tajaan syarikat judi terbesar Malaysia.
Bagi menjaga sensitiviti masyarakat, pihak penganjur tidak mahu menjemput langsung media berbahasa Melayu namun pihak Berita Harian dan Kosmo! sendiri membuat rayuan dan meminta tiket untuk menghadiri konsert itu atas dasar bangga dengan pencapaian Shila Amzah selama ini.
Jika benar seperti apa yang disampaikan oleh wartawan Kosmo!, maka kita semua boleh faham mengapa hanya dua media berbahasa Melayu saja yang dijemput hadir. - RotiKaya
Nota Kaki: Konsert ditaja oleh syarikat judi terbesar Malaysia?