Penyanyi remaja popular Ainan Tasneem kesal difitnah wakil promoter

Ainan Tasneem kesal difitnah wakil promoter

Penyanyi remaja popular Ainan Tasneem kesal dengan tindakan wakil promoter yang menyebarkan fitnah mendakwa dia bersikap tikam belakang gara-gara ingin mengaut keuntungan.

"Saya sebenarnya hendak tergelak apabila membaca laporan kerana pertama sekali ia tidak benar dan saya sudah menjangkakan individu berkenaan akan memburukkan saya kepada media.

"Saya tahu dan kenal siapa 'wakil promoter' itu dan dia pernah mengugut saya untuk menyebarkan cerita tidak baik kepada wartawan kerana tidak berpuas hati," katanya yang dipetik dari mStar.

Menerusi akhbar mingguan pada Ahad, Ainan dikatakan berpura-pura pulang selepas membuat persembahan yang diaturkan oleh wakil promoter, namun sebenarnya dikatakan menemui pihak penganjur untuk meminta mereka berurusan terus dengannya tanpa menggunakan orang tengah pada masa hadapan kerana mahu mengaut bayaran seratus peratus tanpa perlu membayar kepada pihak yang mencadangkan namanya membuat persembahan.



Dalam pada itu, penyanyi berusia 22 tahun itu turut berkata wakil promoter itu tidak berpuas hati apabila sebuah persembahan melibatkannya diaturkan oleh pengurus yang juga ibu saudaranya.

"Sejak awal semasa saya menyertai Music Valley pihak pengurusan maklum tentang urusan persembahan saya diuruskan oleh ibu saudara saya dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara itu malah ia lebih memudahkan keadaan."
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !