Peminat fanatik kucing comel Hello Kitty pastinya gembira dengan kemunculan mesin layan diri pertamanya di Malaysia!
Hello Kitty yang mula diperkenalkan sejak 1974 di Jepun oleh syarikat Sanrio bukan sahaja popular di negara matahari tersebut, malah telah menjadi fenomena di seluruh dunia.
Siapa sahaja yang bergelar peminat tegar karakter ini kerap mengumpul setiap barangan peribadi yang memiliki corak atau jenama Hello Kitty.
Menurut Hype Malaysia, mesin layan diri atau 'vending machine' Hello Kitty boleh ditemui di Kuala Lumpur dan terletak di pusat beli-belah Avenue K, Jalan Ampang.
Antara barangan menarik yang dijual melalui mesin layan diri ini adalah losen tangan, syampoo, pelembab bibir dan beg mekap.
Kesemua barangan tersebut dijual dengan harga yang berpatutan dan bertempat di aras 1 pusat beli-belah tersebut.
Jika anda berpeluang ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah ke sana untuk mendapatkan barangan tersebut!