Hubungan IZARA AISYAH DAN Anak Datuk K ADIB , Direstui Keluarga


Hubungan IZARA AISYAH DAN ADIB Anak Datuk K , Direstui Keluarga

Nampaknya hubungan diantara pelakon muda, Izara Aishah dan anak kepada Datuk Khalid semakin hari semakin mesra...

Terbaru melalui laman sosial ibu tiri Adib, Dato' Siti Nurhaliza, gambar Adib dan Izara telah dimuat naik ketika bersama sama meraikan hari jadi Adib Khalid...

Sambutan ulang tahun ini merupakan kali kedua selepas dia telah menyambut hari lahir Izara Aishah sebelum ini... Gambar tersebut jelas menunjukkan kegembiraan serta kebahagian pasangan ini dan jelas mereka juga sudah tidak segan untuk berkongsi kepada peminat semua...

Adib dalam masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan juga tidak menyangka dia akan diraikan dalam majlis yang sungguh istimewa bersama keluarga tersayang... Turut berada didalam gambar tersebut ialah Dato’ Siti, Datuk K, adik beradiknya serta ibu kandung Adib iaitu YM Tengku Zawiyah...

Rata-rata peminat yang mengikuti laman sosial kedua dua selebriti ini tidak kira Izara Aishah dan Dato Siti turut gembira dengan perkhabaran gembira ini. Bukan itu saja, ada juga yang mendoakan agar pasangan ini segera mendirikan rumah tangga jika benar sedang bercinta. Apatah lagi hubungan mereka telah direstui kedua keluarga...



SUMBER : ERA.FM
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !