Pelakon Cantik Izara Aishah Akui Bercinta Dengan Anak Tiri Datuk Siti Nurhaliza


Izara Aishah Akui Bercinta Dengan Anak Tiri Datuk Siti Nurhaliza

Gosip percintaan pelakon cantik Izara Aisyah dengan Adib Khalid sudah lama berterbangan di media sosial, namun tiada sebarang pengesahan daripada Izara tentang gosip tersebut.

Bagaimanapun, Izara tampil secara eksklusif menerusi Media Hiburan dan mengakui bahawa dia kini sedang bercinta dengan Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Izara berharap dengan pengakuannya akan menghentikan segala spekulasi.
“Di awal perhubungan saya akui kami hanya berkawan. Itu yang saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita. Dan bila kami sudah bersama atau lebih tepat bercinta, tidak ada apa yang perlu saya sorokkan. Tapi tidak bermakna saya perlu bercerita satu dunia akan hal tersebut. Bila saya sudah berterus terang, harapnya tidak ada lagi spekulasi yang timbul,“ ujarnya.

 
 

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !