Zul Ariffin nafi mabuk dengan wanita seksa

Zul Ariffin nafi mabuk dengan wanita seksis

Pelakon popular Zul Ariffin menafikan dia berhibur dalam keadaan mabuk dengan seorang wanita seksi ketika menjalani penggambaran drama bersiri "Istiqarah Cinta" di Pulau Langkawi baru-baru ini.

"Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan 'live band' di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

"Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat," katanya kepada mStar.

Menurut aktor berusia 28 tahun itu, dia tidak menyalahkan wanita tersebut yang memuat naik gambar tersebut, namun dia akan berhati-hati pada masa akan datang.

"Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

"Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini."
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !