Yusof Haslam terbit Bercakap Dengan Jin


Hasrat Yusof Haslam terbit "Bercakap Dengan Jin" tercapai

Hasrat penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk mengadaptasi novel seram popular tahun 1980-an iaitu "Bercakap Dengan Jin" tercapai apabila Astro bersetuju untuk menayangkannya di saluran Mustika HD.

Dipetik daripada laporan mStar, Yusof memberitahu dia pernah ingin menerbitkan naskhah tersebut untuk dijual kepada sebuah stesen televisyen namun tidak kesampaian kerana ketika itu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum.

Bapa kepada Syamsul dan Syafiq Yusof ini turut sempat berkongsi cabaran utamanya sepanjang penggambaran drama bersiri ini dimana pelakon veteran Datuk Rahim Razali, 75, terpaksa menjalani penggambaran selama 14 hari tanpa henti sehingga menyebabkan dia jatuh sakit kerana terlalu penat.

"Saya rasa bersalah dengan Datuk Rahim Razali yang jatuh sakit ketika penggambaran sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

"Alhamdulillah dia sihat dan boleh menyambung penggambaran tersebut, kalau tidak pening juga saya untuk mencari penggantinya," ujar Yusof ketika majlis pelancaran drama bersiri ini di KL Life Centre baru-baru ini.


"Bercakap Dengan Jin" yang diarahkan oleh Londo Zawawi dan C. Kumaresan ini mengisahkan kisah benar yang dilalui oleh penulis, Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

Drama 13 episod ini akan disiarkan pada setiap Selasa, jam 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133) bermula 4 November ini.

Selain Rahim, drama bersiri ini turut dibintangi Pekin Ibrahim, A. Galak dan Oktavia Manrose.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !