Datuk A Rahman Hassan & Fadhilah Mansor Kini Bergelar Suami Isteri


Majlis nikah A Rahman, Fadilah diadakan secara ringkas

Datuk A Rahman Hassan & Fadhilah Mansor Kini Bergelar Suami Isteri

Seperti yang diberitakan sebelum ini, akhirnya penyanyi popular era 60-an, Datuk A Rahman Hassan kini sah bergelar suami kepada pelakon, Fadhilah Mansor.

Majlis perkahwinan mereka telah diadakan pada 25 Disember bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Tahniah daripada Media Hiburan buat kedua-dua pasangan ini. Foto- Ihsan Instagram isteri Black.

Majlis nikah A Rahman, Fadilah diadakan secara ringkas

Penyanyi Datuk A Rahman mengesahkan bahawa beliau akan mengadakan majlis pernikahannya dengan pelakon Fadilah Mansor pada 25 Disember ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Saya tak mahulah buat majlis beria-ia. Bukan apa pada usia begini kalau majlis besar segan saja nanti orang kata pengantin tua tak sedar diri pula. Jadi kita buatlah apa yang wajib saja untuk meraikan orang-orang dekat saja.

"Kepada kawan-kawan jauh yang tak dapat saya panjangkan jemputan, saya mohon maaf. Tempat terhad sebab majlis ini kecil saja. Harap yang tak dapat jemputan itu dapat doakan semuanya berjalan lancar nanti," katanya kepada Harian Metro.

Tambah A Rahman lagi, majlis akad nikah dan resepsinya pada malam itu nanti akan bertemakan warna emas.

A Rahman dan Fadilah mula menjalin hubungan selepas bertemu pada satu majlis hiburan beberapa bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

Dalam pada itu, A Rahman berharap perkahwinannya ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayatnya.

"Macam umur saya ini tak ada apa sangat nak terlalu teruja untuk majlis itu nanti. Cuma kita bersyukur atas rezeki dan jodoh ini. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati."

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !