Primadona filem Melayu, Erra Fazira tetap mengutamakan anaknya. Engku Aleesya dan akan menghentikan segala aktiviti seni pada setiap hujung minggu untuk puteri kesayangannya itu.
Menurut Erra, kehidupannya kini lebih tenang dan lebih fokus terhadap urusan anak tunggalnya yang kini berusia lima tahun
"Setiap kali hujung minggu, saya akan menghabiskan masa bersama Aleesya dan block segala aktiviti seni.
"Begitu juga dengan tugasan luar kawasan kerana tidak mahu berjauhan dengan anak. Lagipun saya terikat dengan jadual program Primadona dan waktu rehat agak terhad.
"Jadi hujung minggu adalah waktu untuk saya berehat dan bersosial dengan rakan-rakan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.
Tambahnya lagi, dia juga telah memaklumkan terlebih dahulu kepada mana-mana produksi yang ingin mengambilnya bahawa tiada sebarang pengambaran ataupun kerja lebih masa pada hari minggu.
"Alhamdulillah, mereka memahami situasi saya kerana ia antara syarat sebelum saya menerima sebarang tawaran kerja.
Saya sangat menitik beratkan dari segi soal masa agar tiada masalah berbangkit. Saya juga berpegang kepada prinsip agar menghormati dan menghargai masa yang ada," katanya.
Dalam perkembangan lain, lakonannya menerusi teater "Takhta 3 Ratu" yang baru sahaja melabuhkan tirau pada Isnin lalu ini mendapat pujian ramai.
Erra yang membawa watak sebagai Puteri Lela Wangsa berkata, dia seperti benar-benar dirasuk ‘roh jahat’ dalam satu babak lakonannya.
Katanya, cabaran terbesar melakonkan teater itu bukan sahaja perlu melakonkan babak dirasuk tetapi dia perlu bergelut dengan Awie ketika babak Hang Tuah menculiknya untuk dibawa ke Melaka.
[Sumber foto: Sensasi Malaysia]