Penyanyi dan pelakon Ieda Moin ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada karier dan anak tunggalnya selepas disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Mohamad Naquib Idris pada 18 Disember lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Memetik laporan Utusan Online, Ieda akui tidak terkilan atau sedih apabila mahligai yang terbina sejak lapan tahun lalu musnah kerana dia mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.
"Nak bersedih pun tidak guna kerana perkara telah berlaku. Sebaliknya saya lebih senang untuk menganggap apa yang saya lalui ini sebagai hikmah kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik dan terburuk untuk hambaNya. Bagi saya tidak ada apa yang perlu ditangiskan, sebaliknya inilah masa untuk saya bangkit membina kehidupan baharu bersama anak, Nur Dhia Dania.
"Tak boleh nak bersedih-sedih sebab saya perlu kuat untuk anak. Saya rasa anak tahu apa yang berlaku kepada ibu bapanya. Cuma dia tidak pandai nak luahkan perasaan sahaja. Sebab itulah kami tidak mahu gaduh-gaduh soal penjagaan anak. Anak bebas untuk tinggal dengan saya atau bapa dia," ujarnya.
Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin, 34, menjelaskan rumah tangga mereka mula goyah sejak Oktober lalu selepas mereka tidak lagi tinggal sebumbung.
Tidak berniat untuk menyorok perkara tersebut, Ieda bagaimanapun akur apabila pihak media mengetahui berita masalah rumah tangganya sekaligus mungkin menjadi penyebab dia hilang tawaran lakonan.
"Tak tahulah kebetulan atau memang itu bukan rezeki saya kerana sebelum ini bila tersebar berita kata saya memfail cerai, tiba-tiba sahaja ada pihak produksi beritahu drama yang sepatutnya saya berlakon terus ditolak oleh stesen televisyen," katanya.
[Sumber Foto: Instagram Ieda Moin]