Kunjungi Restoran Nobu berlatarkan keindahan Kuala Lumpur

Restoran Nobu berlatarkan keindahan Kuala Lumpur

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Jika anda pernah melancong ke luar negara dan menikmati hidangan mewah di restoran Nobu, khabar gembira buat anda kerana kini ianya telah dibuka di Kuala Lumpur!

Restoran yang menyajikan gabungan makanan klasik Jepun dengan citarasa barat ini diterajui oleh pengasasnya yang dikenali sebagai Nobu Matsuhisa.

Jenama Nobu sudah pun berkembang selama 20 tahun dan memiliki 28 buah restoran di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, Eropah dan Timur Tengah serta tidak ketinggalan di benua Asia yang berlokasi di Hong Kong, Beijing, Manila dan Tokyo.

Picture
Restoran Nobu kini sudah pun mula beroperasi sejak 25 September lalu.
Picture
Suasana restoran yang eksklusif sesuai buat mereka yang inginkan privasi di kala menjamu selera bersama pasangan mahupun keluarga.

Menurut laporan The Malay Mail, restoran Nobu yang dibuka di aras 56, Menara 3 Petronas KLCC ini merupakan cawangannya yang ke-29 dan pengunjung boleh melihat pemandangan yang indah sambil menikmati hidangan yang dihidangkan.

Antara menu kebiasaan yang disediakan adalah sushi, sashimi, tempura dan kushiyaki. Namun, bagi mereka yang inginkan kelainan bolehlah untuk mencuba hidangan ikad kod Miso, tacos Nobu dan banyak lagi.

Picture Nobu Tacos
Picture
Ikan Kod Nobu

Hidangan pemanis mulut turut disediakan seperti kotak bento Nobu yang menyajikan coklat 'fondant' panas bersama sos coklat putih dan sirap Shiso serta ais krim Matcha.

Picture Toro Tartar
Picture Rock Shrimp Tempura

Buat penggemar makanan Jepun bolehlah singgah ke sini untuk merasai hidangan eksklusif yang disediakan oleh chef terkenal kelahiran Ipoh iaitu Philip Leong.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !