Budaya Warna Rambut: "Dosa Pahala Saya Tanggung Sendiri" - Hafiz Suip


Isu Warna Rambut: "Dosa Pahala Saya Tanggung Sendiri" - Hafiz Suip

Penyanyi yang pernah memenangi Vokal Terbaik, Hafiz Suip menerima kritikan hebat akibat dari tindakkannya mewarnakan rambut. Walaubagaimanapun, Hafiz mengakui tindakan itu merupakan satu kesilapan dirinya.

"Saya menerima banyak tomahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang kata orang kerana apa yang terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita.

"Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja kerana saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri.

"Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan," komennya terhadap isu tersebut.

Menurut Hafiz, dia menukar gaya rambutnya kerana bosan dengan gaya rambut yang sama dan mendapat idea mewarnakan rambut untuk menampak kelainan.

Namun malangnya, cubaan pertama menukar warna rambut dengan warna pilihan tidak memberi hasil yang diinginkan lalu dia terpaksa menukar warna lain.

"Saya memang sudah lama merancang mahu tukar gaya rambut tetapi apabila saya fikirkan semula, kalau simpan panjang nanti rambut saya kembang. Malah, ia memerlukan penjagaan rapi dan itu satu kerja yang renyah.

"Jadi, saya rasa nak cuba warnakan rambut pula. Sewaktu saya balik ke Kuching tempoh hari, saya pergi ke salon untuk warnakan rambut tetapi hasilnya rambut saya jadi warna merah bukannya seperti warna yang saya mahu.

"Bila balik ke Kuala Lumpur, saya ke sebuah salon di Subang. Penggaya rambut di sana beritahu yang warna rambut yang saya inginkan susah nak dapat sebab rambut saya jenis rambut orang asia.

"Cuma ada satu cara saja iaitu rambut saya dibilas dan kemudian barulah diwarnakan semula dan akhirnya dapatlah warna 'ash silver grey'," jelasnya dengan panjang lebar.

hdmalaysia: Jadi artis semuanya diperhatikan. Eloklah tunjuk contoh yang baik agar menjadi ikutan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !