BAPA EMPAT KALI RATAH ANAK SENDIRI



BAPA EMPAT KALI RATAH ANAK SENDIRI

Seorang bapa kepada lima anak mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan merog0l anaknya sejak mangsa berusia 13 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Terdahulu, tertuduh yang berusia 41 tahun dan bekerja sebagai jurujual mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang kini berusia 16 tahun tujuh bulan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun lima bulan di bilik tidur di sebuah rumah di Besut, pada jam 2 pagi, 19 Jun 2011.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengulangi kesalahan sama terhadap mangsa di alamat sama pada jam 2 pagi, 20 Jun 2011.

Dalam pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh mengulangi kesalahan sama terhadap mangsa yang berusia 16 tahun tujuh bulan di alamat sama jam 2 pagi masing-masing pada 25 Ogos dan 27 Ogos lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !