Dynas lebih selesa berahsia mengenai status perkahwinan


Dynas lebih selesa rahsia status perkahwinan

Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar memaklumkan dirinya lebih selesa berdiam diri dan mengunci mulut perihal kemelut rumah tangganya yang bertiup kencang lewat kebelakangan ini.

Pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar yang kini berusia 31 tahun menegaskan dirinya tidak akan membuat sebarang sidang media khas bagi mengumumkan perkara sebenar dalam masa terdekat.

"Mungkin satu hari nanti saya buat sesi fotografi atau sesi temu bual secara personal, baru saya beritahu.

"Saya hanya boleh katakan, saya akan menjawab semua persoalan ini satu hari nanti dan apa yang pasti tidak dalam masa terdekat ini," ujarnya seperti yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Walaupun pelbagai pihak membuat andaian mengenai rumah tangga yang dibina bersama suaminya Hafizy Hafiz, namun Dynas tetap positif dan terus mengembangkan kerjayanya sebagai seorang pengacara.

"Saya sekarang sibuk dengan bidang pengacaraan. Sekarang ini saya terlibat sebagai pengacara tetap untuk sebuah program berbentuk medik dan perubatan yang akan disiarkan tidak lama lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dynas masih sibuk menguruskan premis jualan pakaian ibu hamil miliknya iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) dan bakal membuka beberapa lagi buah cawangan tidak lama lagi.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !