Hanya yang terbaik buat Pasangan Syura & Suami


Syura Nafi Bercerai, Masih Dalam Perbincangan Keluarga

Penyanyi dan juara Masterchef Selebriti Malaysia musim ke-dua, Syura dilaporkan oleh Harian Metro baru-baru ini bakal bercerai dengan suaminya, Mohd Fadhly.


Namun, Syura menafikan khabar angin itu dan menegaskan dia masih berstatus seorang isteri. 
“Perkara (bakal bercerai) itu masih dalam perbincangan antara saya, suami dan keluarga. Setakat ini, belum ada apa-apa kata putus. Apa yang saya boleh cakap kami belum sampai ke tahap pergi mahkamah. Failkan kes itu tak berlaku langsung”

“Saya boleh sahkan saya masih mempunyai suami. Tak ada apa-apa berlaku lagi. Saya dan suami masih okey dan bersama. Cuma adat dalam berumah tangga takkan semuanya manis saja”

“Saya agak pelik dan terkejut macam mana cerita ini boleh terkeluar tapi sebagai artis, saya faham dan sedar orang nak tahu kisah kehidupan kita. Cuma saya tak nak ia terlalu disensasikan sebab orang luar hanya boleh menilai saja. Yang tahu cerita sebenar hanya kami sekeluarga,” ujarnya.

Apapun, kami doakan segala yang terbaik buat Syura dan suami. 
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !