Kilafairy sentiasa berhati-hati dengan golongan VVIP


Kilafairy berhati-hati dengan golongan VVIP

Aktres jelita Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan memberitahu ibunya, penyanyi Rohana Jalil sering memberinya nasihat agar sentiasa berhati-hati dengan pelawaan golongan VVIP termasuk kerabat diraja.

Dipetik daripada laporan mStar, Kilafairy yang tidak menafikan ada golongan VVIP cuba mendekatinya memberitahu, dia menjadikan nasihat ibunya sebagai panduan untuk menumpukan perhatian terhadap karier seninya serta tidak terpengaruh dengan mengecapi populariti dengan mudah.

"Bohonglah kalau tiada golongan VVIP atau kerabat cuba mendekati kerana semua yang menjadi artis pasti akan menerima ujian seperti ini. Mama (Rohana) banyak bagi nasihat untuk berhati-hati dan bercerita tentang pengalaman rakan-rakannya yang diganggu golongan VVIP dengan pelbagai cara.

"Ia terpulanglah kepada kita untuk terima atau tidak, saya tidak layan langsung kerana kalau dilayan nanti ia akan menjadi-jadi. Kalau boleh terus elakkan daripada pergi ke tempat-tempat yang ramai golongan seperti ini," ujarnya.

Tambah Kilafairy, dia tidak pernah melayan sebarang undangan, mesej atau panggilan telefon daripada mana-mana individu VVIP yang dirasakan cuba mendekatinya dalam usaha memikat hati.

Dalam perkembangan karier seninya, Kilafairy bakal muncul dalam drama terbitan Tonton Music berjudul "Hanya Satu" yang akan disiarkan pada jam 12 tengahari bermula 15 September ini dan boleh disaksikan di laman sesawang Tonton Music iaitu www.tontonmusic.com.my.

Drama tersebut telah menggandingkan Kilafairy dengan Syarif (Sleeq), Raja Farah, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila.


[Kredit foto: Instagram Kilafairy]
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !