Aktres popular Yana Samsudin mengakui dia tidak mempercayai pembedahan plastik untuk kecantikan kerana ia tidak begitu menunjukkan banyak perubahan ketara seperti yang diinginkan.
"Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.
"Saya pelik kenapa sesetengah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti," ujar Yana seperti dipetik dari mStar.
Pada Januari lalu, aktres filem "Adnan Sempit" ini dikatakan telah melakukan pembedahan pastik untuk memancungkan hidung dan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus.
Bagaimanapun Yana menafikan dakwaan tersebut dan tidak tertekan walaupun ada segelintir yang masih mempersoalkannya.
"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.
"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke semasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu," katanya.
Tambahnya, penggunaan pendakap gigi sejak November 2013 telah menyebabkan tulang rahangnya berubah.
Selain daripada itu, Yana berkata dia senang menjalani rawatan kuntur wajah agar sentiasa kelihatan muda dan kemas, selain daripada mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman.
Dalam perkembangan lain, Yana akan berehat daripada bidang lakonan selama sebulan bagi memberi fokus kepada promosi produk kopi Super Food Marketing Sdn. Bhd. (SUPER) bersama aktor dan Izzue Islam.