Jika diikutkan laman sosial Instagram milik Tomok (#tomokofficial) memang cuku ceria dengan kelibat anaknya Arrian. Asal sahaja muatnaik gambarnya pasti ramai yang 'love' gambar berkenaan mencecah ribuan.
Tomok akui memetik portal MyMetro yang anaknya yang berusia 3 tahun itu juga membuatkan dirinya sebagai 'penarik' dengan bertambah popular dikalangan peminatnya buat masa ini.
Namun Tomok bersikap tegas di dalam mendidik anaknya, enggan menerima tawaran apa-apa untuk anak kesayangannya itu.
Namun Tomok bersikap tegas di dalam mendidik anaknya, enggan menerima tawaran apa-apa untuk anak kesayangannya itu.
"Saya sedar gambar Arrian akan menerima 'like' yang banyak daripada peminat. Biasalah budak kecil memang nampak comel. Apabila kami bawa dia keluar berjalan-jalan, pasti ada yang nak bergambar dengannya.
"Arrian memang dikenali ramai, tapi saya tak nak dikatakan ambil kesempatan mencari keuntungan menerusi popularitinya. Dia masih kecil dan tak sesuai untuk diketeÂngahkan dalam bidang ini.
"Memang betul sebelum ini ada tawaran daripada beberapa pihak untuk ambil dia sebagai model, tapi saya menolak kerana mempunyai alasan sendiri. Kami berdua seboleh mungkin tak nak terlalu mendedahkan Arrian kepada bidang hiburan kerana mahu dia membesar seperti kanak-kanak lain.
"Cukuplah kami berkongsi keletah dan perkembangannya di laman sosial dan peminat boleh mengikutinya di sini. Tak perlulah saya nak keteÂngahkan dia secara langsung dalam bidang seni," -Tomok