Wak Doyok dikecam peminat kerana Diskriminasi Firman


Wak Doyok dikecam peminat kerana Firman

Pelakon dan ikon fesyen Wak Doyok telah dikecam selepas menyampaikan hadiah daripada jenama The Garment Movement kepada empat pelajar lelaki kecuali Firman di konsert suku akhir "Akademi Fantasia" pada Ahad lalu, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai biadap.

Seperti dipetik daripada laporan Astro Gempak, Wak Doyok bagaimanapun menjelaskan kejadian tersebut hanyalah sekadar gimik dan akan kembali memberikan kejutan kepada Firman dalam "Diari AF" nanti.

"Sebenarnya kami semua nak buat gimik kepada Firman. Kalau mereka semua perasan dalam video yang disiarkan semasa konsert itu ada menyebut saya akan kembali.

"Jadi saya dah sediakan sesuatu yang istimewa buat Firman. Saya bukannya kejam tak nak bagi Firman hadiah sedangkan yang lain dapat," ujarnya.

Jelasnya, dia memilih untuk memberikan hadiah istimewa kepada pelajar asal dari Sabar ini kerana ia mengingatkan tentang dirinya satu ketika dahulu.

"Saya lihat Firman ini seorang yang istimewa, bakat dan minat dia dalam bidang nyanyian serta sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.

"Saya juga bukanlah datang dari keluarga yang senang, jadi saya faham apa yang dilalui oleh Firman dan sebab itu saya tergerak hati untuk membantu Firman," katanya lagi.

Pemilik nama sebenar Tengku Muhammad Azwan Shah ini turut mengakui dia sudah mengagak perkara ini akan menjadi isu, tetapi dia tidak berasa kecil hati atau marah dengan sikap sesetengah pihak yang membuat tuduhan melulu tanpa mengetahui hal sebenar.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !