Yusof Haslam Berjaya Pujuk Syamsul Kembali Berlakon
Yusof Haslam Berjaya Pujuk Syamsul Kembali Berlakon
Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam teruja dapat berlakon disamping anaknya, Syamsul Yusof dalam musim terbaharu drama besiri Gerak Khas yang bakal bersiaran di RTM 2 dalam masa terdekat.
Yusof, 60, berkata, gandingan mereka berdua sebagai pegawai polis itu adalah kali pertama dan hasratnya untuk berlakon dengan Syamsul akhirnya termakbul."Alhamdulillah saya individu paling teruja dapat berlakon dengan Syamsul dalam Gerak Khas kerana ia merupakan gandingan pertama kami sebagai pelakon.
"Saya sudah lama minta Syamsul terlibat dalam drama bersiri itu tetapi kesibukannya sebagai pengarah membuatkan hasrat itu sentiasa terbantut," katanya.
Dalam pada itu, Yusof berkata, Syamsul bakal memegang watak sebagai Superitendan Polis menerusi musim terbaharu itu dan hanya akan muncul pada episod ketujuh Gerak Khas.
Jelasnya lagi, Syamsul turut memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang penggambaran berlangsung malah turut bertindak sebagai pengarah untuk beberapa episod drama kepolisian itu.
"Kemunculan Syamsul bukan untuk satu episod sahaja tetapi wataknya bermula pada episod tujuh dan kerjasama pertama kami sebagai pelakon cukup menyeronokkan kerana dia juga turut memberi idea bagi membolehkan drama itu tampil segar untuk musim terbaharu.
"Gerak Khas sangat berharga kepada Skop Production dan saya sebagai penerbit ingin melihat drama ini berterusan untuk jangka masa panjang," katanya.
Tambah Yusof, selain Syamsul, Gerak Khas juga bakal memperlihatkan penampilan wajah-wajah baharu dengan beberapa kejutan lain dalam menarik perhatian penonton baharu.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags