KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi amaran untuk menghentikan Pameran Gadis Bersama Ular di Muzium Negeri di sini, sekiranya wanita berkenaan gagal mematuhi peraturan menutup aurat.
Ini berikutan terdapat aduan yang diterima mendakwa wanita bersama ular di dalam biik kaca, gagal menutup aurat (bertudung) ketika mengadakan persembahan.
Sekiranya perkara ini terjadi, hasrat Rahiza Abdul Rahim, 28, untuk tinggal bersama 70 ekor ular berbisa selama sebulan di dalam bilik kaca di Muzium Negeri tidak akan kesampaian.
RAHIZA bermain dengan seekor daripada 60 ular tedung senduk yang menjadi ‘teman serumahnya’ selama sebulan |
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata sebarang pertunjukan membabitkan perempuan di khalayak ramai, perlu sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat untuk beragama Islam.