Pelawak dan pelakon popular Jihan Muse mengakui dirinya tidak pernah bongkak atau mendabik dada dengan kejayaan yang telah dimilikinya kini kerana yakin kejayaan yang dikecapinya itu adalah kerana kepercayaan peminat kepadanya selama ini.
"Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, saya sentiasa belajar untuk tahu apa yang patut dan tidak patut dibuat dalam karier saya."Saya belajar daripada kehidupan, walaupun sebelum ini saya kurang mendapat perhatian tetapi ia bukan bererti paras rupa yang menjadi ukuran.
"Lagipun, saya percaya mereka memanggil saya kerana bakat dan kesungguhan saya," katanya yang dipetik Sinar Harian.
Pada masa sama, artis berusia 31 tahun itu menegaskan dia tetap menjaga batas-batas sebagai seorang wanita.
"Sebagai manusia dan wanita biasa, kita sendiri memang perlu tahu batas yang sepatutnya. Sejak kali pertama saya memilih bidang ini, saya sentiasa menerima kritikan.
"Apa pun, saya ambil ia sebagai iktibar dan memandang positif untuk membantu karier saya."
[Sumber foto: bharian]
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags