Neelofa Tegas Tolak Salam Lelaki Bukan Mahu Tunjuk Alim


Neelofa 'Reject' Salam Lelaki Bukan Mahu Tunjuk Alim

Aksi aktres cantik Neelofa menolak untuk bersalam dengan seorang lelaki semasa majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2014) menjadi perbualan.

Neelofa kelihatan tidak menyambut tangan yang dihulurkan seorang lelaki untuk mengucapkan tahniah diatas kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular

Menurut pelakon filem Azura 2012 itu juga, dia menepis dakwaan bahawa dia bersikap sedemikian seperti mahu menujuk alim kepada masyarakat. 
“Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah MeleTOP tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC Mizal mengundang kritikan ramai. Apabila ia mula kecoh di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu”

“Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum. Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula,” jelas Neelofa.

Walaubagaimanapun, Neelofa mengakui kesilapannya apabila secara tidak sengaja menyambut salam pengarah Michael Ang dan akan cuba memperbaiki diri agar perkara itu tidak berlaku lagi.



 

hdmalaysia: Suka tengok Neelofa sekarang. Semoga Allah memberikan kebahagiaan sepenuhnya buat Neelofa.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !