[VIDEO] Wanita Tionghua 'Review' Van Jenazah Buat Ramai Kagum. Perincian Yang Dibuatnya Sangat Ringkas, Tapi Jelas

Picture
Bukan kereta je, tapi siap buat reviu van jenazah. Kagum tengok video sis ni buat reviu kenderaan ‘terakhir’ yang kita semua akan naik satu hari nanti. Ramai yang kata, itu kali pertama mereka lihat ulasan mengenai sebuah van jenazah yang lengkap

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Reviu van jenazah raih hampir setengah juta views, ramai puji ayat ‘power’ jurujual wanita Cina ini! - “Mungkin kali ini Tuhan nak belanja saya”


KINI, pada era serba canggih dan moden, rata-rata jurujual akan memanfaatkan medium media sosial bagi berkongsi info-info penting kepada pelanggan.

Tindakan itu bukan sahaja satu trend, tetapi cari mudah untuk para pembeli memahami servis atau barangan yang dijual, selain memudahkan transaksi jualan.

Picture
Video reviu van Jenazah oleh Lisa meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok.

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video yang menyaksikan seorang jurujual Toyota yang dikenali sebagai Lisa membuat ulasan sebuah kenderaan MPV jenis model Toyota Hiace.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan kenderaan itu telah diubah suai menjadi van jenazah yang sangat luas dan selesa.

Picture
Lisa terharu dengan sokongan yang diterimanya menerusi TikTok.

Menurut Lisa, bumbung van tersebut diubah suai menjadi lebih tinggi untuk menjamin keselesaan penumpang di bahagian belakang.

Lebih menarik, pada bahagian belakang van jenazah itu juga, elemen tambahan seperti lampu spotlight ditambah bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah pada waktu malam.


Tidak hanya itu, ruang untuk meletakkan keranda turut disediakan agar proses memasukkan dan mengeluarkan jenazah mudah dilakukan.

Antara kelainan lain yang diketengahkan adalah di bawah ruang itu juga disediakan laci kecil bagi meletakkan barang.


Selain itu, terdapat tiga tempat duduk berserta dua alat pemadam api bersaiz kecil di dalam van jenazah berkenaan.

Picture
Lisa banyak berkongsi ilmu mengenai kenderaan menerusi TikTok miliknya.

Pada bahagian kiri dan kanan van dilengkapi cermin yang boleh dibuka sama ada secara separuh atau sepenuhnya.

"Terdapat juga cermin di tengah-tengah antara penumpang hadapan dan belakang yang boleh dibuka bagi memudahkan proses komunikasi antara satu sama lain," beritahunya.

@lisa.toyota

Jom tonton...Van Jenazah Bumbung Tinggi.😱👻 ##hiacemalaysia ##toyotaipoh ##toyotamalaysia ##tribe769 ##sabahatbosskay

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan kagum kerana itu kali pertama mereka melihat jurujual membuat ulasan mengenai sebuah van jenazah.

SOURCE: Sinarplus

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !