Adlin dedah terdapat 29 adegan berunsur fitnah dalam telefilem biopik Saloma yang memberikan persepsi negatif terhadap imej arwah bapanya Allahyarham AR Tompel


Adlin dedah terdapat 29 adegan berunsur fitnah

Pelakon Adlin Aman Ramli telah mendedahkan terdapat 29 babak dalam telefilem biopik "Saloma" yang mengaitkan tentang bapanya Allahyarham AR Tompel disifatkan berunsur fitnah sekaligus memberikan persepsi negatif terhadap imej arwah bapanya.

"Setelah berbulan-bulan notis yang kami hantar tidak diendahkan oleh pihak Astro, jadi tujuan sidang media diadakan hari ini bagi mendapatkan perhatian mereka.

"Berdasarkan penelitian saya, ada 29 babak dan perkara dari segi konteks penulisan dan pengarahan berunsur prejudis, fakta yang tidak pasti kesahihannya tohmahan dan fitnah terhadap arwah bapa saya dipaparkan dalam telefilem itu.

"Ia sangat menyinggung perasaan kami sebagai anak-anak dan waris arwah. Sekaligus ia juga memberi impak psikologi kepada kami. Jadi kami bertegas mahu pihak Astro menghentikan tayangan telefilem itu," katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.

Tambah pelakon berusia 41 tahun itu lagi, buat masa ini pihaknya tidak akan mengambil lagi tindakan undang-undang terhadap stesen tersebut, namun tidak akan teragak-agak membawa perkara itu ke mahkamah jika pihak Astro gagal menghentikan tayangan.

"Buat masa ini kami tidak fikir atau menyebut soal saman. Tetapi jika mahu membawa perkara ini ke mahkamah dan kalau itu saja caranya untuk menghentikan tayangan tersebut, kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat undang-undang.

"Demi maruah ayah kami akan tegakkan kebenaran. Menang atau kalah itu perkara lain. Yang penting arwah ayah kami tidak terus diekspoitasi. Kami hanya mahu hak kami."

Dalam pada itu, Adlin turut menyuarakan rasa terkilannya dengan karya yang dihasilkan produksi Kus Semangat Aktor Sdn Bhd yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

"Bagi saya, penulis skrip, pengarah, penerbit eksekutif dan penerbit telefilem ini terlalu ghairah membawa projek khas mereka ini untuk tontonan umum sehingga mereka lupa AR Tompel bukanlah sebatang kara, bukan tidak berzuriat, bukan beliau tak ada reputasi, bukan beliau tak diiktiraf. Allahyarham juga banyak menyumbang kepada industri perfileman tanah air.

"Apa yang kami kesalkan, keadaan yang berlaku sekarang. Bertapa tidak bermoral, tak bertanggungjawab dan tak berakidahnya mereka. Dalam 29 adegan yang telah saya teliti itu, ada niat tersirat dari segi aspek penulisan skrip, dari segi pengarah dan bagaimana mereka potreykan subjek (iaitu AR Tompel) dan terjemahkan kepada bentuk gambar hanya berdasar sumber tunggal",

Sementara itu, peguam yang mewakili Adlin, Mohd Khairul Azam Abd Aziz telah memberitahu mereka telah menerima maklum balas mengenai tuntutan daripada Astro pada 8 Oktober lalu, tetapi mereka tidak akan mededahkan buat masa ini kerana perlu meneliti makluman itu dari pelbagai sudut perundangan.

[Sumber foto: moviespictures.org]
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !