Bulan berganti bulan sedar tak sedar rupanya sudah tiga bulan usia Lara, anak kepada pasangan romantis Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Rasanya baru sahaja pasangan ini menimang cahaya mata mereka kan.
Seronok betul kami lihat aksi si comel ini ikut ibunya bekerja. Amboiii, Awal pun ikut sama. Iyalah, siapa nak jaga Lara kalau Awal tak ada kan.
Kalau nak ikut pandangan mata kami, rasanya wajah Lara ni ikut muka ibunya, Scha. Tapi tang rambut tu.. haaa, unik tau! Mesti ikut ayah kan. Hehe.
Alahai Lara, kenapa comel sangat ni? Kami rasa Scha dan Awal pun pasti tak kisah jika ada pihak yang nak jadikan Lara model barangan bayi. Betul tak?
Apapun, jom lihat beberapa keping wajah dan aksi Lara Alana untuk tatapan semua peminat mereka. Confirm senyum je sepanjang hari! Comel tak, cute tak.
Sumber : http://www.ohbulan.com/