Sedar tak sedar, semakin besar dah baby Nurul Syuhada Nurul Ain. Dilahirkan seorang lelaki yang diberi nama Raja Abdul Mateen manakala yang perempuan pula dinamakan Raja Nour Emaan.
Siapa sangka,bekas pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain dan juga pasangannya Raja Amir Shah Raja Azwa mempunyai sepasang anak kembar yang cukup comel.
Rumahtangga yang mereka bina diserikan dengan cahaya mata kembar lelaki dan perempuan tau. Jarang-jarang kan dengar dapat kembar sepasang macamni?
Dengan kecomelan Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan yang kini sudah berusia lapan tahun ini semakin ramai teruja melihat mereka.
Umumnya,pasti ramai yang sudah mengetahui bekas pengacara yang cantik manis ini kini sedang hamil anak keempat.
Ha.. rasanya lepas ni mesti peminat excited nak tengok aktiviti harian dan perkembangan kembar comel ni kan. Jadi, harapnya Nurul Syuhada rajin-rajinlah upload foto mereka ya!