Aktres popular Memey Suhaiza kecewa apabila terpaksa membatalkan percutiannya ke Korea Selatan selepas doktor menasihatinya agar tidak menaiki pesawat bagi mengelakkan risiko keguguran terhadap kandungannya yang kini berusia lima bulan.
"Saya dan suami memang sudah rancang dan membuat persiapan untuk melancong ke Korea pada 8 Januari depan. Kami sudah kosongkan jadual dan hampir-hampir membeli tiket.
"Tetapi saya perlu meminta surat kebenaran daripada doktor untuk menaiki pesawat sebelum membeli tiket. Namun selepas itu doktor menasihatikan agar tidak menaiki pesawat pada usia kandungan enam bulan kerana bimbang berhadapan dengan pelbagai risiko," katanya kepada mStar.
Tambah isteri kepada pelakon Norman Hakim ini lagi, berikutan itu suaminya telah mengambil keputusan untuk menangguh percutian mereka sehingga dia selamat bersalin.
"Selepas berjumpa doktor, abang Norman terus membatalkan percutian tersebut kerana dia tidak mahu apa-apa terjadi.
"Doktor beritahu terpulang kepada kami sama ada untuk pergi atau tidak. Tidak mengapalah mungkin kami boleh pergi lain kali sahaja."
[Sumber Foto: Wow Artis]