Khabarnya penyanyi, Black Hanafiah kini diugut oleh pengurusnya dengan menyaman beliau atas tuduhan memalukan pengurus berkenaan di laman sosial.

Malahan pengurus itu mahu menyaman Black sebanyak RM500,000 gara-gara menganggu perniagaan yang dia lakukan sekarang ini.
"Kalau ingin membawakan perkara ini ke mahkamah silakan kerana saya memang menunggu tindakan daripada pihak mereka supaya saya boleh bentangkan apa kesalahan yang telah mereka lakukan.
"Saya ada banyak bukti yang telah dikumpul tentang apa yang mereka lakukan selama ini, malah saya boleh saman malu kepada mereka kerana burukkan nama saya melalui kenyataan media yang mereka buat sebelum ini,"
"Baru-baru ini ada sekumpulan pelajar menghubungi saya kerana tertipu dengan pengurus acara itu yang kononnya ingin menganjurkan sebuah festival, tetapi setelah menerima duit, mereka tidak dapat dihubungi," -Black