INILAH DIA FOTO WAJAH BAKAL ISTERI ZIZAN RAZAK YANG AMAT CUN MELECUN

"Saya betul-betul serahkan soal jodoh kepada ibu. Kalau ibu kata wanita itu okay dan saya tengok dan rasa okay, kita kahwin. Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu, ada yang kata jangan cari artis. kenapa artis hina ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Zizan Razak Bakal Akhiri Zaman Bujang Jun Ini

Pelawak dan juga pelakon yang kita sudah sedia maklum dengan popularitinya ini sejak akhir-akhir ini dihimpit dengan pelbagai isu sensasi dan panas melibatkan dirinya.

Tidak cukup dengan kisah percintaannya dengan pelakon cantik Emma Maembong yang menemui titik noktah, baru-baru ini ada pihak pula menuduhnya sebagai suspek utama dalam isu pelawak meminta gambar lucah.


Bercakap kepada BHPLUS baru-baru ini, Zizan akhirnya membuka mulut dan memberitahu bahawa dia bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang gadis yang berasal dari Kuala Terengganu iaitu gadis sekampungnya.

Picture
Ada peminat mengandaikan gadis itu merupakan Emma sendiri kerana dia juga berasal dari Kuala Terengganu, namun umur Emma baru sahaja masuk 23 tahun dimana ia tidak selari dengan pengakuan Zizan bahawa gadis tersebut berumur 24 tahun.


Zizan tidak menyifatkan tindakan tersebut sebagai terburu-buru kerana dia memikirkan umurnya yang semakin meningkat dan bakal mencecah 31 tahun pada 15 April ini.

“Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu”

“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan”

“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya yang bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.

Bercerita serba sedikit mengenai bakal isterinya itu, Zizan mengatakan dia tak memerlukan solekan tebal untuk kelihatan cantik ditambah lagi sikap gadis tersebut yang menghormati ibu bapa membuatkan hatinya tertarik dengan gadis tersebut.

Picture Picture
INILAH FOTO WAJAH BAKAL ISTERI ZIZAN RAZAK YANG AMAT CUN MELECUN?


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !