RASANYA ramai dah tahu, pelawak terkenal Jep Sepahtu mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon manis Nazeera Sardi.
Meskipun masing-masing tidak pernah mengaku secara rasmi tentang hubungan yang terjalin, namun melihat kemesraan mereka sudah dapat diagak perasaan masing-masing.
Kalau korang nak tahu, kelmarin merupakan hari jadi yang ke-30 pelawak terkenal itu.
Menerusi laman Instagram, Jep dilihat berkongsi momen-momen romantis bersama Nazeera.
Mungkin sudah penat, tambah-tambah melayan dakwaan yang dia telah mengikat tali pertunangan awal Januari lalu dengan wanita sekampung di Kluang, Johor... akhirnya membuat Jep mengakui dia kini 'amat rapat' dengan seorang pelakon.
Lebih menarik, dia juga tidak lokek untuk berkongsi fotonya bersama wanita tersebut yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di IG miliknya.