'Saya tak mampu bang, cuma ada duit RM20 untuk beli 7 keping pampers'

"Allahu, terus sebak. Seorang suami terus cekal untuk menyediakan keperluan anaknya yang pertama walaupun serba kekurangan. Saya suruh dia simpan semula pampers.."

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




Kos hidup yang semakin meningkat sedikit memberi kesan kepada individu. Tambahan pula wabak Coronavirus yang sudah menakluk dunia telah meninggalkan impak yang cukup besar.

Sebagai ketua keluarga pula, bermacam cara untuk difikirkan demi membesarkan anak-anak.

Seperti yang dikongsikan oleh pemuda ini, dia tersentuh bila melihat seorang pemuda hanya membeli beberapa keping pampers bayinya yang baru dilahirkan kerana tidak berkemampuan.

TADI saya pergi membeli di kedai runcit. Jumpa seorang lelaki, dia mahu belikan anaknya pampers hanya tujuh keping.

Picture
Saya tanya kenapa beli 7 sahaja?

"Saya tidak mampu bang. Isteri saya baru melahirkan anak tadi. Saya cuma ada duit RM20. Mahu belikan pampers sama tisu basah untuk bayi."


Allahu, terus sebak. Seorang suami terus cekal untuk menyediakan keperluan anaknya yang pertama walaupun serba kekurangan.

Kita faham bila jadi ketua keluarga dan lebih-lebih lagi bila sudah ada anak.

Saya suruh dia simpan semula pampers yang dia beli tujuh keping.

Saya ambilkan dia pampers baharu, sabun mandian untuk anaknya dan yang lain-lain.

Semoga Allah memberikan kekuatan dalam kehidupanmu saudara.

Hari ini kita tolong orang. Insya-Allah kalau bila kita juga berada dalam kesulitan, pasti Allah hadirkan orang lain untuk membantu kita.

#TerusBerbuatKebaikan

Sumber: Ismail Sabran Ancok

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !