Menerusi laman sosial, kini tersebar secara viral rakaman video aksi sekumpulan pelatih kem PLKN yang memukul seorang mangsa tanpa belas kasihan.
Rakaman asal insiden tersebut dipercayai dimuat naik menerusi laman Youtube pada 6 Mac 2014 lalu sebelum ianya tersebar dilaman Facebook mulai 9 September 2014. Laporan awal mendapati punca kes buli tersebut dipercayai akibat salah faham dimana mangsa telah dituduh mencuri duit rakan di kem PLKN terbabit. Bagaimanapun, rakaman insiden itu telah mendapat kecaman dilaman sosial dan orang ramai mengutuk tindakan sekumpulan pelatih PLKN berkenaan.
Update Terkini 9 September 2014:
Update Terkini 9 September 2014:
Pihak Kem PLKN Cenderawasih Cador mengesahkan bahawa video rakaman pergaduhan tersebut berlaku pada tahun lalu. Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan JLKN pada 9 September 2014. Bagaimanapun pihak JLKN sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani insiden terbabit.
Sumber : melvister.com