Impian aktres jelita Anzalna Nasir cipta nama tercapai


Hasrat Anzalna Nasir cipta nama tercapai

Hasrat aktres jelita Anzalna Nasir untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa bakal tercapai apabila drama lakonannya, "A Love To Remember" akan disiarkan di beberapa buah negara luar.

Dipetik daripada laporan mStar, drama adaptasi daripada telenovela popular Mexico itu yang merupakan terbitan kerjasama antara Global Station Sdn. Bhd., Astro dan TV Asteca yang berpangkalan di Mexico itu akan disiarkan dalam Bahasa Melayu dan penggambarannya turut diadakan di negara ini.

"Alhamdulillah salah satu cita-cita saya bakal tercapai kerana drama terbaru saya akan disiarkan di seluruh dunia.

"Saya sangat teruja dan gementar apabila memikirkan penerimaan penonton nanti dan ini adalah satu peluang keemasan untuk saya mencipta nama di peringkat antarabangsa," ujar aktres berusia 26 tahun ini.

Menurutnya, penggambaran drama yang mempunyai 148 episod ini baru sahaja bermula dua minggu lalu dan dijangka berlanjutan selama setahun.

Malah Anzalna berkata dia terpaksa menolak tawaran lain kerana enggan bersikap tamak serta ingin memberi komitmen sepenuhnya sepanjang penggambaran drama "A Love To Remember" itu nanti.

Bercerita tentang persediaannya untuk watak Suraya, Anzalna memberitahu dia menonton drama asal bagi menjiwai wataknya itu dengan lebih baik.

"Ini peluang saya dan tekanan itu memang ada kerana ia bakal ditayangkan di seluruh dunia dan sebagai persediaan saya sudah menonton drama asal malah saya sudah pun masuk ke set penggambaran untuk blok pertama," tambahnya lagi.

Drama bersiri ini akan diterajui oleh pelakon asal Singapura, Hisyam Hamid, Liza Abdullah, Diana Rossa dan Afiq Muiz.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !