Pengorbanan Ziana Zain sebagai isteri dan ibu demi mencari kebahagiaan untuk keluarga

Pengorbanan Ziana Zain sebagai isteri dan ibu

Penyanyi popular Ziana Zain menganggap pengorbanan terbesarnya dalam hidup sebagai seorang isteri dan ibu adalah meluangkan masa untuk anak-anak serta mencari kebahagiaan untuk keluarga.

"Bila bercakap mengenai pengorbanan sebenarnya ia melibatkan perkara yang sangat meluas. Saban hari dalam kehidupan kita, ada pengorbanan yang dilakukan dan pengorbanan itu tidak semestinya dilakukan sempena sambutan Aidiladha sahaja.

"Bagi saya sendiri, sebagai seorang isteri dan ibu, masa adalah pengorbanan yang saya lakukan dalam hidup untuk mendidik anak-anak serta demi kebahagiaan keluarga," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Malah sebagai seorang anak, Ziana turut tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya yang banyak berkorban bagi membesarkannya walaupun kini sudah mempunyai keluarga sendiri.

Ziana juga merasakan pengorbanan tidak seharusnya terhad untuk ahli keluarga, sebaliknya antara sesama manusia yang memerlukan bantuan.

Sementara itu, penyanyi ini turut menyatakan hasratnya untuk mengerjakan ibadah haji satu hari nanti.

"InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin masa itu akan tiba, lagi pun ibu pernah berpesan jika kita sudah berniat, Allah pasti akan makbulkan," katanya.

Dalam perkembangan kariernya, Ziana bakal meriliskan lagu single terbaru yang masih lagi dalam proses susunan muzik.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !