Pelakon Izara Aishah Janji Tak Akan Sorok Bab Nikah Kahwin


Izara Aishah Janji Tak Akan Sorok Bab Nikah Kahwin

Izara Aishah antara artis yang agak sukar berkongsi tentang kisah cinta.




Bintang Vanilla Coklat ini, walaupun telah mengakui sudah berpunya. Tetapi, baginya, cukup lah sekadar umum mengetahui yang dia kini sedang bercinta dengan seseorang bergelar ahli perniagaan dan mereka saling mengenali sejak zaman persekolahan lagi.


Walaupun begitu menurut Izara lagi, seandainya dia mahu bernikah atau berkahwin kelak, dia tidak akan menyorok atau merahsiakan majlis perkahwinannya daripada pengetahuan umum. Beliau ditemui di lokasi penggambaran Cinta Mat Semprit di Taman Tasik Ampang Hilir, baru-baru ini.
"InsyAllah kalau saya kahwin nanti, saya akan berterus terang. Saya akan jemput semua media datang. Tapi... saya tak nak media buat rakaman, ambil gambar saya dan sebagainya. Pendek kata, media pada hari itu jangan bekerja.  

"Saya tak nak anda semua stress di majlis saya nanti. Saya nak semua orang bergembira pada hari perkahwinan saya. Kebiasaannya kalau acara kahwin dalam kelaurga saya, majlis memang sangat happening. Keluarga saya siap adakan tarian bangra. Tapi lambat lagi lah saya nak kahwin. Saya target umur 27. InsyaAllah"

Pemilik nama sebenar Izara Aishah Hashim, 21, berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media samada dia juga seperti sesetengah artis, yang menyorokkan perkahwinan mereka.

Sementara itu mengenai perkembangan kerjaya, duta Innershine ini memberitahu jadual lakonannya padat sehingga Mac tahun hadapan. Bersyukur dengan rezeki yang tidak putus-putus, Izara bagaimanapun tidak dapat mengelak dari dihimpit kontroversi mendakwa diri dia kini sudah sombong.

Tambah Izara lagi, isu tersebut timbul ekoran salah faham yang kerap berlaku diantara pengurusnya dan pihak media. Disebabkan isu tersebut, dia kini tidak lagi mengunakan khidmat pengurus. Semua urusan tawaran lakonan diaturkannya sendiri sejak beberapa bulan lalu.

"Sekarang ni saya uruskan sendiri kerjaya saya. Sebelum ni memang saya ada pengurus tapi banyak berlaku salah faham dan timbul kerumitan. Sebelum ni pengurus saya terdiri daipada kawan-kawan dan sepupu saya dan mereka tak berapa pandai uruskan kerjaya saya.

"Disebabkan tu berlaku salah faham dan timbul macam-macam cerita yang akhirnya memburukkan nama saya.

 Izara Aishah Janji Tak Akan Sorok Bab Nikah Kahwin
"Misalnya dari segi salah faham untuk sesi fotografi, salah masa dan tarikh. Saya mengaku saya selalu tak dapat penuhi sesi fotografi sebab terlalu sibuk dengan shooting. Tapi ada pihak media yang mungkin tak tahu dan tak faham situasi saya yang sebenar, mereka kata saya dah sombong lah, saya artis berhaluan kiri (tak mahu publisiti) dan macam-macam lagi. Padahal saya sibuk dengan penggambaran.

"Jadi sekarang ni saya nak bersihkan nama saya. Allhamdulillah setakat ni saya boleh uruskan sendiri jadual kerjaya saya", katanya yang sudah empat kali bertukar pengurus.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !