Karl Shafek atau nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, kejadian yangberlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu terjadi ketika dia dalam perjalanan ke sebuah majlis di Putrajaya.
"Pada kejadian itu saya dalam perjalanan ke Putrajaya dan tiba-tiba kereta depan berhenti mengejut sehingga saya tidak dapat mengelak."Ada tiga kereta termasuk kereta saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Mengejutkan kereta pelawak Ajak (Shiro) turut sama terlibat. Dia pula ketika itu dalam perjalanan untuk pergi latihan Anugerah Lawak Warna di Shah Alam.
"Kemalangan tersebut juga menyebabkan lebuhraya tersebut mengalami jem teruk beberapa jam," ujarnya ketika dihubungi wartawan mStar Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Karl berkata, dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu dan begitui juga Ajak serta pemandu-pemandu lain.
Sementara itu Ajak yang dihubungi berkata, kereta jenis Honda Accord yang dipandunya hanya mengalami kerosakkan kecil apabila bampar bahagian belakang keretanya itu calar.
Katanya, dalam kejadian berkenaan dia tidak menyangka pelakon Karl Shafek turut terlibat dalam kemalangan berkenaan.
"Dalam keadaan jalan sesak, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota telah melanggar belakang kenderaan saya. Selepas semuanya turun, saya dapati kereta Toyota itu dilanggar oleh kereta dipandu Karl Shafek. Bagaimanapun kami tak ada apa-apa, " katanya.
Nota : Malang memang tak berbau. Jadi korang lebih perlu berhati-hati walau dimana-mana sekali pun .