Beberapa jam selepas beliau selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital swasta di ibu negara, orang ramai mula bercerita tentang betapa comelnya anak sulung pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini — tidak kurang juga memuji penampilan aktress itu.
Beberapa gambar yang tersebar sejak Sabtu lalu menunjukkan Rozita Che Wan yang kekal cantik walaupun baru sahaja bersalin dan ini menimbulkan kekaguman orang ramai akan kemampuan beliau untuk kekal dalam imej walaupun dalam keadaan begitu.Bercakap kepada Media Hiburan, beliau mengakui mengenakan solekan & bersiap ketika bersalin dan menganggap perkara itu biasa kerana pernah melakukannya sebelum ini.
“Memang saya bersolek dan bersiap. Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap,” ujar Che Ta ketika ditemu bual Media Hiburan Online.
“Saya memang nak bersalin normal. Malah doktor sendiri pun sarankan perkara sama sebab dua anak saya sebelum ini pun dilahirkan secara normal. Jadi tidak ada masalah untuk lakukan itu”
“Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira. Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan,” ujarnya meluahkan rasa gembira. (rtky/m)
ANAK pertama hasil perkongsian hidupnya dengan Rozita Che Wan dilahirkan 1 November lalu jam 2.18 petang di Hospital Pakar Ampang Puteri. |
Zain Saidin masih tidak percaya sudah bergelar bapa
Zain turut menceritakan pengalamannya pada hari isteri tercinta melahirkan anak mereka. |
Anak pertama hasil perkongsian hidupnya dengan Rozita Che Wan dilahirkan 1 November lalu jam 2.18 petang di Hospital Pakar Ampang Puteri.
Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan secara normal. Zain yang dihubungi BH Online semalam menjelaskan selepas melalui pengalaman sulung bergelar bapa dan menyaksikan isterinya 'bergelut' di dalam bilik pembedahan, baru kini beliau sedar kepayahan isteri bersalin.
"Kalau dulu kawan yang berkahwin cakap betapa nikmatnya hidup berumah tangga, saya sendiri kabur apa sebenar maksud mereka. Hinggalah saya berkahwin dan kini dikurniakan cahaya mata, baru saya sedar nikmat yang dimaksudkan mereka itu.
"Tapi jujur saya akui, kehadiran anak sulung kami ini terus membuatkan saya seperti berfantasi dalam dunia sendiri. Betul ke saya sudah jadi ayah... dan macam-macam lagi persoalan. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat dan lancar," katanya.
ROZITA dan Zain belum bersedia mendedahkan nama sulung anak mereka. |
WAJAH terkini anak sulung Zain dan Rozita.
Sejak jam 8 pagi lagi, Zain dan isterinya sudah berada di hospital. Sekitar jam 9 pagi segala persiapan bermula dan Rozita turut diberikan ubat penahan sakit, Epidural.
"Saya berada menemani isteri lebih empat jam di bilik bersalin. Khamis lalu, ketika membuat pemeriksaan bukaan sentimeter serviks isteri saya tak besar. Beberapa jam juga kami menunggu bukaan sentimeter serviks itu membesar pada hari bersalin.
"Asalnya saya hanya mahu berada di sebelah isteri saya memberi sokongan moral. Pelbagai perasaan mula bermain di fikiran, almaklumlah ini kali pertama saya menyaksikan serta mengalami pengalaman ini. Perasaan ingin tahu itu kian bercambah.
"Tapi secara automatik, saya pula jadi teruja terutamanya apabila sudah mula kelihatan kepala anak saya. Malah selepas doktor memberikan salam simbolik kepada kehadiran anak, saya lagi bertambah teruja," kata Zain yang turut mendapat tahu anaknya turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Aishwarya Rai.
Tambah Zain, beliau berbangga dengan isterinya yang bersalin secara normal tanpa memerlukan peralatan canggih untuk memudahkan proses bersalin contohnya seperti menggunakan vakum.
Ditanya mengenai imej botaknya kini, Zain menjelaskan hal itu tiada kaitan dengan nazar menyambut anak sulungnya sebaliknya ia sebagai tanda komitmennya untuk drama Oh My English sudah berakhir.
"Saya terpaksa mewarna rambut perang untuk watak dalam drama itu. Jadi saya dinasihatkan gunting saja rambut sampai pendek kerana bimbang kerosakan rambut akan terjadi kerana menggunakan pewarna rambut," katanya.
Ketika ini Rozita dan Zain belum bersedia mendedahkan nama sulung anak mereka. Rozita akan berpantang di Subang.