Izreen Azminda Jawab Isu berkemban Hanya ikut kehendak watak

Izreen Azminda Jawab Isu berkemban Hanya ikut kehendak watak

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Isu berkemban: Izreen Azminda ikut kehendak watak

Aktres Izreen Azminda mengakui sedar isu berkemban dalam pementasan teater "Takhta 3 Ratu" akan menimbulkan isu, tetapi memberitahu dia hanya mengikut kehendak watak.

"Dari awal lagi saya sudah tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban. Malah Erma Fatima juga bertanya sama ada saya bersedia atau tidak untuk tampil sedemikian.

"Apabila saya menerima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu. Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan.

"Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya. Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan tuntutan watak tersebut," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Rotikaya.

Terdahulu Erma selaku pengarah teater berharap agar isu tersebut tidak diperbesarkan dan menyerahkan kepada para penonton untuk menilai perkara itu.

Teater "Takhta 3 Ratu" sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur sehingga 22 Disember ini.

Selain Izreen, "Takhta 3 Ratu" turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Awie, Erra Fazira, Soo Wincci, Datuk Rahim Razali, Remy Ishak dan Beto Kusyairy.

Tiket boleh didapati pada harga RM50 hingga RM350 dan boleh dibeli di kaunter Istana Budaya atau layari laman sesawang Air Asia Red Tix.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !